<body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "FFFFFF"; google_color_bg = "FFFFFF"; google_color_link = "000000"; google_color_url = "000000"; google_color_text = "000000"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center>
:: 12th June 2005 - 7th July 2005 - Japan ASEAN Youth Programme 2005 : Education - Primary School Teacher - Email : cikgufazlie@gmail.com - Telephone : +60193671877 ::

You can make a call from Malaysia using this Brastel with this toll free number 1-800-812-259 ( Use a fixed line only ) and put the Japan's country code with 81

Do you want going back to Japan ?
Yes
No
Not sure
  
My favourite co-ordinator is ...
Yuko
Mimuro
Sanada
Chiaki
Kono
Miwa
Wong
Saito
University Student
  
Please leave your message
   
<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Click Play for
"Ribaibaru" song

Click Play for
"Miraie" song

Click Play for
"Kyoonohiwasayoonara" song

News Headlines

Muka Depan

Berita Nasional

Berita Dunia

Berita Sukan

Berita Ekonomi

Berita Agama

Berita Hiburan

Read More ...

:: Picture Collections ::

  • Japans Picture
    This page will show you a lot of pictures

  • Miyakonojo Pictures
    This album is provide by Makiko Miwa for memories at Miyakonojo

  • Upload Your Picture
    You can upload your personal picture here
    username : myjica
    password : 123456

    :: Voice E-mail ::

  • Free Voice E-Mail
    Email your voice to friend, free !!!

    :: Forum ::

  • Forum
    Forum section for discussion

    :: Chat Now !!! ::

  • Online Chatting
    Please type this when u want start a chat :
    /nick yournewnick
    example /nick FazlieSan

    :: Moblog ::

  • MMS Mobile Blog
    Send a news from MMS handphone to this website

    :: Fazlie-san Special Link ::

  • My Personal Website
  • My Village

    :: JICA's Friend Site ::

  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • JICA Organization
  • JICA Malaysia
  • ex-JICA Malaysia
  • JICA Alumni Malaysia
  • PAMAJA

    :: Guestbook ::

  • Please write here
    Give your comment or anything to this website

    :: Plus Menu ::

  • PID SAT
  • My Summone
  • Free 1GB email
  • JPNS Emis Online
  • Utusan Online
  • KPM Online
  • Maybank2u
  • OUB Online
  • Streamyx Webmail

    :: Friends Link ::

  • Exzs.com
  • Cikgu Izza
  • Mesraria.Net
  • Awek.org
  • Xfresh.fm

    :: cfgroups Online Radio ::

  • Exzs Radio
    Hear Fazuri San as a DJ for Radio Online to your PC...

    This blog is good ?
    Please Vote !!!

    Paged Viewed :
    Online user now is

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

    rss feed

    Tuesday, September 27, 2005
    HARI KANTIN (TERBUKA) SEK.KEB.PUTRAJAYA 1

    Perancangan Pelaksanaan :

        Tarikh           :            01 Oktober 2005.

        Hari              :            Sabtu.

        Masa            :            8.30 pagi hingga 3.00 petang.

        Tempat         :            Kawasan kaki lima dan dataran perhimpunan Sekolah Kebangsaan Putrajaya (1)

    Sasaran Jualan :

    i)                    Semua murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya (1)

    ii)                   Ibu bapa dan penjaga murid sekolah di Putrajaya

    iii)                 Murid Sekolah Menengah dan Kebangsaan di sekitar Putrajaya

    iv)                 Sekolah-sekolah yang berhampiran Putrajaya seperti Dengkil, Bangi.

    v)                  Kakitangan kerajaan dan swasta yang berkhidmat di Putrajaya.

    vi)                 Semua warga penduduk Putrajaya.

    Kupon :

         Kupon  yang akan diagihkan terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

    a)      Kupon bernilai RM5.00.

    -         akan diagih kepada semua murid, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah dan warga  
               penduduk Putrajaya.

    -         Mempunyai nilai 1 keping RM2.00 dan 2 keping RM1.00 dan 2 keping RM0.50.

    b)      Kupon bernilai RM10.00.

    -         akan diagihkan di pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah dan warga penduduk Putrajaya.

    -         Mempunyai nilai 3 keping RM2.00, 2 keping RM1.00 dan 4 keping RM0.50.

    -         Setiap pembelian kupon bernilai RM10.00 akan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah.

    Posted at Tuesday, September 27, 2005 by my-jica
    Make a comment  

    Saturday, August 13, 2005
    Miyakonojo Post

    Posted at Saturday, August 13, 2005 by my-jica
    Make a comment  

    Jepun dan penduduknya - Masyarakat, budaya, politik, ekonomi

    Oleh Hasani Hassan (Yang menyertai Program Persahabatan Belia Jepun-Asean 2005 di Jepun)

    - BAHAGIAN LIMA -
    Masyarakat Jepun agak unik kerana mereka sangat tekun bekerja sehingga berjaya mencapai tahap negara maju berbeza dengan negara Barat yang berkembang dari tamadun di Eropah.

    Mereka juga terkenal dengan sikap menghormati masa, bekerja secara kumpulan dan menyerap teknologi Barat ke dalam semangat dan budaya industri sendiri.

    Hari ketiga

    Pada hari ketiga kami di Jepun, dua pensyarah universiti telah masing-masing menyampaikan kuliah yang sangat berguna.

    Kuliah pertama bertajuk `Jepun dan Orang Jepun' disampaikan oleh Pensyarah Universiti Tezukayama, Prof. Haruo Ota.

    Manakala kuliah kedua bertajuk `Sejarah Jepun Pasca Perang' yang disampaikan oleh Pensyarah Jabatan Politik, Ekonomi dan Undang-undang, Universiti Antarabangsa Osaka, Prof. Hiroshi Tanigawa.

    Melalui kedua-dua kuliah tersebut, kami banyak mengetahui tentang keadaan masa lalu dan situasi semasa di negara itu. Antara aspek yang diberi perhatian ialah kedudukan geografi, iklim, sejarah pembentukan negara, masyarakat Jepun, budaya dan sosial masyarakat Jepun serta keadaan ekonomi.

    Jepun terdiri daripada empat buah pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu, serta 7,000 lagi pulau-pulau kecil. Negaranya bergunung-ganang dan sering dilanda bencana alam seperti gempa bumi, taufan, tsunami dan letusan gunung berapi.

    Jepun adalah negara empat musim, dan setiap musim adalah penting dalam budaya masyarakat kerana banyak aktiviti bermusim menjadi amalan mereka.

    Salah satu musim yang penting ialah musim bunga iaitu apabila bunga sakura yang menjadi kebanggaan Jepun mula berkembang. Musim bunga sakura juga menandakan bermulanya sesi persekolahan dan melambangkan upacara masuk sekolah.

    Keindahan alam semulajadi serta udara yang nyaman pada ketika itu mewujudkan semangat yang segar dalam diri para pelajar untuk mula belajar, sebab itulah sesi persekolahan Jepun adalah bermula pada 1 April pada setiap tahun dan bukan Januari seperti di negara kita.

    Bahasa rasmi penduduk Jepun ialah bahasa Jepun namun ia boleh ditulis dalam tiga jenis huruf iaitu Kanji, Hiragana dan Katakana. Tulisan Kanji adalah berasal dari empayar China kuno manakala ejaan suku kata asal bahasa Jepun iaitu Hiragana dan Katakana dicipta berdasarkan huruf Kanji itu.

    Bahasa Inggeris kurang digunakan malah mereka hanya mula belajar apabila berada di sekolah menengah atas sahaja.

    Bagaimanapun kebelakangan ini, kesedaran mula timbul dalam diri rakyat Jepun untuk mula menguasai bahasa Inggeris. Ramai juga ibu bapa yang prihatin dan menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen untuk belajar bahasa Inggeris.

    Jepun kini mempunyai penduduk seramai 127.47 juta orang (statistik November 2002) dan dijangka meningkat kepada jumlah maksimum 127.7 juta menjelang tahun 2006, sebelum menurun kepada 64 juta orang sahaja pada tahun 2100.

    Pada masa yang sama, kadar penduduk yang berumur lebih 65 tahun pula semakin meningkat.

    Bagi kita sebagai rakyat sebuah negara membangun, statistik itu kelihatan pelik dan agak menakutkan, kerana kadar kematian melebihi kadar kelahiran.

    Namun begitulah hakikatnya, dengan kadar kelahiran yang amat rendah iaitu purata 1.29 akibat kerisauan para ibu bapa yang tidak mampu menampung kos membesarkan anak selain trend wanita Jepun yang gemar berkahwin lambat.

    Sejarah moden Jepun boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat utama iaitu Rejim Istana dari tahun 593, Rejim Shogun dari tahun 1192, pemulihan Meiji dari tahun 1868 hingga Perang Dunia Kedua (1945), dan era selepas tamat perang.

    Pada pertengahan abad ke-19 apabila rejim pahlawan shogun runtuh, Jepun menamatkan dasar pemencilan negara dan mula menerima pakai budaya dan teknologi Barat.

    Lantaran untuk seiring dengan negara-negara barat, dasar meningkatkan kekayaan dan kuasa ketenteraan telah diikuti.

    Jepun telah terlibat dalam beberapa peperangan dan mengakibatkan kemusnahan kepada negara-negara Asia.

    Seperti mana yang kita semua maklum, Jepun merupakan satu-satunya negara yang pernah dibom dengan bom atom yang menyebabkan ia menyerah kalah kepada Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua.

    Lanjutan dari itu, Jepun mengisytiharkan `penolakan peperangan buat selama-lamanya' dalam perlembagaan barunya dan sebaliknya memberi tumpuan kepada pembangunan industri sebagai sebuah negara yang aman.

    Kehebatan Jepun bangun daripada kemusnahan akibat perang adalah hasil daripada sikap positif mereka sendiri.

    Pada era Meiji, para cerdik pandai telah mengemukakan idea pemodenan Jepun melalui penyerapan teknologi maju dari Barat di samping mengekalkan dan memelihara semangat kebangsaan.

    Dari situlah kepandaian dunia Barat telah ditransformasikan dan disesuaikan dengan semangat dan masyarakat Jepun.

    Masyarakat Jepun memang terkenal dengan sikap rajin dan menepati masa, malah mereka mudah untuk tidak mempercayai sesiapa yang malas atau tidak menepati masa.

    Masyarakat Jepun juga cenderung mengikut kata sepakat kumpulan berbanding dengan pendapat sendiri, dan sikap itu membantu setiap individu bekerja sebagai satu kumpulan.

    Mereka turut bekerja tanpa mengenal jemu bagi menyiapkan tanggungjawab yang diberi dan bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik.

    Sikap seperti inilah yang menjulang negara Jepun dan termasuk dalam 10 negara termaju di dunia.

    Kadar celik huruf di negara itu juga hampir 100 peratus dan ia berpunca daripada kesedaran sejak di zaman Edo (1603-1867) lagi.

    Pada masa itu anak-anak petani, saudagar dan tukang telah mula belajar di sekolah rendah swasta yang dikenali sebagai terakoya.

    Pada masa kini, Jepun mengamalkan sistem persekolahan 6-3-3-4, iaitu enam tahun sekolah rendah, tiga tahun sekolah menengah rendah, tiga tahun sekolah menengah atas dan peringkat kolej atau universiti selama empat tahun.

    Pendidikan wajib merangkumi sembilan tahun iaitu dari sekolah rendah hingga sekolah menengah rendah.

    Kadar lepasan sekolah menengah rendah yang memasuki sekolah menengah atas ialah 96 peratus, dan kadar lepasan sekolah menengah atas yang memasuki kolej atau universiti ialah sekitar 50 peratus.

    Sistem pendidikan adalah di bawah pengaruh kuat kerajaan pusat yang menanggung kos pendidikan wajib serta menyemak dan meluluskan buku-buku teks untuk semua peringkat sekolah. Pelajar menerima pendidikan sekolah rendah dan menengah rendah secara percuma sepenuhnya, termasuk buku teks.

    Bagaimanapun, ibu bapa lazimnya akan membelanjakan sebahagian besar pendapatan keluarga untuk pendidikan anak-anak dengan menghantar ke kelas tuisyen atau mendapatkan guru peribadi.

    Sebahagian besar ibu bapa terutama yang tinggal di bandar-bandar besar berharap untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah yang terkemuka walaupun terpaksa menanggung yuran yang tinggi.

    Di sekolah, para pelajar tidak terlepas daripada masalah disiplin termasuk gangguan di dalam kelas (tidak mendengar kata guru) dan ponteng. Ada juga yang lebih serius seperti membunuh diri akibat dibuli yang disebut ijime dalam bahasa Jepun.

    Berbagai langkah telah dan sedang diambil untuk mengatasi masalah-masalah itu.

    Sejak tahun 2002 kandungan buku teks sekolah rendah telah dikurangkan sebanyak 30 peratus dan pembelajaran bersepadu telah diperkenalkan dalam kurikulum sekolah.

    Menerusi perubahan itu, pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran semata-mata telah diseimbangkan dengan kebolehan menaakul, membuat pertimbangan dan menyuarakan idea-idea individu supaya kanak-kanak dapat mengembangkan sepenuhnya kemanusiaan dan ketrampilan mereka.

    Hari keempat

    Kami menamatkan kelas bahasa Jepun yang telah diikuti selama dua jam setiap hari pada hari kedua, ketiga dan juga hari keempat dengan bergambar bersama-sama pengajar dan menghadiahkan beliau sebuah replika Menara Kembar Petronas.

    Hadiah yang sama juga kami berikan kepada dua pensyarah universiti pada hari sebelumnya.

    Dua kuliah pensyarah universiti itu memang berat dan sarat dengan pelbagai maklumat.

    Pada hari keempat, kami belajar lagi tentang budaya dan masyarakat Jepun tetapi dalam suasana yang lebih santai.

    Kali ini, kami mengikuti program yang dinamakan `Praktikal Bahasa Jepun bersama Sukarelawan dan Sukarelawati Jepun'.

    Melaluinya kami berpeluang melawat ke beberapa tempat di sekitar Osaka, Kobe atau Kyoto bersama-sama belia Jepun sambil cuba mempraktikkan bahasa Jepun yang telah kami pelajari.

    Selain untuk membiasakan para peserta bertutur dalam bahasa Jepun dengan para sukarela, kesempatan itu membolehkan kami `makan angin' sambil mengalami sendiri persekitaran masyarakat di tempat yang dikunjungi.

    Para peserta telah dipecahkan kepada kumpulan yang kecil terdiri daripada seorang belia dan seorang atau dua orang peserta.

    Setiap kumpulan diberi pilihan untuk melawat ke beberapa tempat yang telah ditentukan.

    Posted at Saturday, August 13, 2005 by my-jica
    Comments (3)  

    Friday, August 12, 2005
    Utusan Malaysia - Pendidikan 12 Ogos 2005

    Posted at Friday, August 12, 2005 by my-jica
    Make a comment  

    Sunday, July 24, 2005
    Persediaan minda peserta ke Jepun - Utusan Malaysia 22 Julai 2005

    Pada 12 Jun hingga 7 Julai yang lalu sekumpulan 22 guru sekolah rendah telah mengikuti Program Persahabatan Belia Jepun-Asean 2005 yang dianjurkan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    Program tersebut telah berlangsung selama tiga hari di Malaysia dan 23 hari di Jepun.

    Ikutilah pengalaman penulis bersama mereka di sepanjang perjalanan.

    Hari Pertama

    Hari pertama program bermula dengan pendaftaran di Hotel Eastin di Petaling Jaya, Selangor.

    Seramai 69 peserta yang terdiri daripada kakitangan jabatan dan agensi kerajaan telah mendaftarkan diri dalam tiga kumpulan, iaitu Pendidikan, Sumber Manusia dan Kewangan.

    Setiap kumpulan terdiri daripada 23 orang peserta.

    Program awal sebelum berlepas ke negara Jepun itu merupakan program orientasi selama tiga hari yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan bantuan ahli-ahli Persatuan Alumni Program Persahabatan Asean-Jepun (PAMAJA).

    Para peserta diingatkan tentang matlamat program yang hendak dicapai serta kepentingan untuk menjaga peribadi memandangkan mereka akan menjadi `duta kecil' organisasi masing-masing ke Jepun.

    Kami difahamkan bahawa program seperti itu telah berlangsung lebih 20 tahun sejak dasar pandang ke timur mula dilaksanakan pada 1983

    Menurut ahli PAMAJA, Menet Saad, misi utama para peserta adalah untuk mempelajari dan memahami dengan maksud untuk `meniru' nilai-nilai positif orang Jepun dan budayanya seperti sikap dan ketaatan kepada kerja, menghormati masa dan lain-lain.

    Hari tersebut juga adalah hari pertama para peserta belajar bahasa Jepun. Memandangkan waktu yang sangat singkat, pembelajaran hanya difokuskan kepada bahasa untuk berkomunikasi dengan menghafal ayat-ayat asas.

    Tenaga pengajar bahasa Jepun adalah terdiri daripada pensyarah-pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Pada sebelah petangnya, para peserta yang baru hendak berkenalan antara satu sama lain itu terus diberikan tugasan yang pertama iaitu menyediakan buku biodata peserta setiap kumpulan untuk dijadikan cenderamata kepada pihak-pihak yang akan ditemui di Jepun nanti.

    Tugasan kedua para peserta pula ialah menyediakan persembahan kebudayaan yang sesuai untuk dipersembahkan kepada rakyat Jepun.

    Kumpulan Pendidikan telah memilih untuk mempersembahkan nyanyian koir dan tarian joget. Manakala Kumpulan Sumber Manusia dan Kewangan masing-masing bersedia dengan persembahan Tarian Pocho-pocho dan Adat Persandingan.

    Hari pertama para peserta berakhir hingga lewat pagi. Semua kumpulan berlatih membuat persembahan masing-masing, ada yang sehingga pukul 2 pagi.

    Hari kedua

    Aktiviti hari kedua diteruskan dengan kelas bahasa.

    Baru dua hari belajar, para peserta sudah diminta untuk memperkenalkan diri, negeri asal, pekerjaan, minat dan lain-lain dalam bahasa Jepun.

    Para peserta juga kemudiannya didedahkan dengan adat musafir, iaitu bagaimana hendak mengerjakan amal ibadat ketika berada dalam keadaan musafir.

    Pada sebelah petangnya, taklimat mengenai PAMAJA dan JICA diadakan.

    PAMAJA merupakan persatuan yang dianggotai oleh bekas peserta yang pernah mengikuti program ke Jepun sebelum ini.

    Ia aktif membantu pihak JPA dan JICA dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan yang melibatkan kerjasama antarabangsa.

    Manakala JICA pula yang telah ditubuhkan pada 1974 sebagai satu institusi khas Kerajaan Jepun untuk melaksanakan kerjasama teknikal Jepun dengan negara-negara membangun.

    Menerusi pelbagai kaedah, JICA telah menyokong pembangunan sumber manusia dan sosio-ekonomi negara-negara tersebut.

    JICA yang bertindak sebagai jambatan menghubungkan rakyat Jepun dengan negara-negara membangun, akan mempertingkatkan kerjasama menerusi perkongsian pengetahuan dan pengalaman.

    Wakil JICA Malaysia, Tanaka telah mengalu-alukan penyertaan peserta dan berharap program tersebut dimanfaatkan sebaiknya.

    Pada petang hari kedua, majlis `Hi-Tea' telah diadakan dan kesemua kumpulan telah membuat persembahan masing-masing di hadapan wakil-wakil JICA Malaysia dan pegawai-pegawai dari JPA, walaupun mereka hanya baru berlatih sehari sahaja.

    Pada sebelah malamnya, latihan memantapkan persembahan diteruskan demi mempamerkan hasil yang terbaik dalam masa yang singkat apabila berlepas ke Jepun nanti.

    Hari ketiga

    Hari terakhir di Malaysia sebelum berlepas, dimulakan dengan seminar kebudayaan Jepun yang disampaikan oleh Pensyarah UiTM, Mohd Hassan Awang Boon.

    Beliau memberi taklimat tentang apa yang akan dihadapi dan ditemui apabila tiba dalam masyarakat Jepun.

    Aktiviti di hotel tersebut tamat pada tengahari dengan ucapan ringkas daripada wakil PAMAJA dan JPA.

    Pada sebelah petangnya, para peserta mempunyai sedikit masa untuk mencari kelengkapan yang diperlukan termasuk cenderamata untuk rakan-rakan baru yang akan ditemui di Jepun nanti.

    Sepanjang tiga hari program persediaan yang diikuti, bertujuan menyediakan minda para peserta agar dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang akan ditempuhi nanti.

    Malam itu, 69 peserta Malaysia berlepas ke negara matahari terbit itu dengan menaiki penerbangan Japan Airlines JL722.

    Posted at Sunday, July 24, 2005 by my-jica
    Comment (1)  

    Saturday, July 16, 2005
    Going to futher my study ...

    Starting from 18 July 2005, Fazlie-san and Chan-san going to futher study.

    Course Name : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian,
                           Bimbingan dan Kaunseling

    U n i v e r s i t i  U t a r a  M a l a y s i a
    06010 UUM Sintok, 
    Kedah Darul Aman,
    MALAYSIA

    Posted at Saturday, July 16, 2005 by my-jica
    Comments (2)  

    Friday, July 15, 2005
    Malaysian Newspaper ...

    Today, we started our news in Malaysian Newspaper ( Utusan Malaysia ) for our prgramme in Japan ...

    Please click the link below to read the story ...

    15th July 2005, Utusan Malaysia Newspaper
    Please click the link to read more ( Maresiago )

    Pendidikan

    Pendidikan di Jepun - 22 guru ikuti program

    Oleh Hasani Hassan (Yang menyertai Program Persahabatan Belia Jepun-Asean 2005, di Jepun)

    GURU-guru Malaysia bergambar bersama Pengetua dan guru-guru Sekolah Rendah Yasuhisa semasa lawatan ke Miyakonojyo, Jepun baru-baru ini.

    - BAHAGIAN SATU -
    Jauh perjalanan, luas pemandangan, bertambah pengalaman.Itulah yang dapat diungkapkan oleh sekumpulan 22 orang guru sekolah rendah yang telah mengikuti Program Persahabatan Belia Jepun-Asean 2005 dari 12 Jun hingga 7 Julai yang lalu.

    Program yang dianjurkan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu berlangsung selama tiga hari di Malaysia dan 23 hari di Jepun.

    Ia merupakan sebahagian daripada program dasar pandang ke timur yang dimulakan sejak 1983 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertujuan untuk menyemai nilai-nilai positif dalam diri peserta dengan mencontohi orang-orang Jepun.

    Para peserta juga diharap dapat meningkatkan pengetahuan dengan mempelajari dan mendalami kebudayaan serta sistem pengurusan yang digunakan di Jepun agar dapat memajukan Malaysia.

    Di Jepun, para peserta dibimbing oleh pihak JICA dan Japan International Cooperation Centre (JICE) menerusi dua orang kordinator berbangsa Jepun, masing-masing boleh berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris.

    Program berkenaan merangkumi lawatan, seminar dan ceramah mengenai masyarakat, budaya dan sistem pendidikan di Jepun, meliputi aktiviti di Osaka, Saga, Nagasaki, Taku dan Miyakonojyo.

    Pada peringkat awal, para peserta telah mengikuti orientasi di JICA Osaka International Centre (OSIC), Osaka selama lima hari.

    Seterusnya lawatan ke bandar Saga yang dimulakan dengan membuat kunjungan hormat ke pejabat Ketua Lembaga Pendidikan Wilayah Saga.

    Para peserta juga mengikuti ceramah tentang Sistem Pendidikan Sekolah Rendah dan Keadaan di Jepun yang dijalankan di Universiti Saga.

    Sewaktu di Saga juga, para peserta berpeluang melawat ke Sekolah Rendah Wakaba dan Sekolah Menengah Tosu di bandar Tosu, Sekolah Rendah Nishikawa Nobori di bandar Takeo, serta Taman Asuhan Kanak-kanak Aiotori di Taku.

    Lawatan tersebut merupakan pengalaman pertama para peserta ke alam pendidikan di negara tersebut.

    Menurut Ketua Kumpulan Peserta, Zaharol Razali, pelbagai perbezaan dapat diperhatikan dalam kehidupan seharian para pelajar Jepun berbanding di Malaysia.

    ``Banyak perkara menarik boleh dipelajari daripada masyarakat Jepun dan diamalkan di Malaysia,'' katanya.

    Beliau yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Mahang, Kulim, Kedah juga berpendapat para peserta wajar mempraktikkan amalan murni yang dipelajari semampu yang mungkin.

    ``Guru-guru Malaysia boleh membawa pulang nilai-nilai positif budaya Jepun untuk diterapkan di sekolah masing-masing, contohnya budaya menepati masa, semangat ceria sewaktu mengajar, aktiviti membersihkan kawasan sekolah bersama pelajar, kepentingan kitar semula dan lain-lain,'' katanya.

    Sementara itu semasa di Miyakonojyo, iaitu sebuah bandar raya di Wilayah Miyazaki, para peserta telah melawat ke Sekolah Rendah Yasuhisa dan Sekolah Rendah Minami.

    Di kedua-dua sekolah terbabit, para peserta telah mengikuti perjalanan harian jadual waktu pembelajaran para pelajar Jepun.

    Menurut Guru SK Sri Kelewek, Kelantan, Rohani Abu Hassan, beliau tertarik dengan sistem pendidikan sekolah rendah di Jepun yang tidak menekankan kepada peperiksaan atau teori semata-mata.

    ``Para pelajar di Jepun dapat merasai sendiri pengalaman bekerja menerusi praktikal seperti menanam padi atau membuat seramik yang menjadi sebahagian daripada kurikulum mereka.

    Dengan cara itu, pelajar dapat memahami kepentingan kerjaya dan masa depan mereka,'' katanya.

    Selain itu, budaya dan cara hidup rakyat Jepun yang penuh disiplin dan kerja bersungguh-sungguh juga amat menarik perhatian beliau.

    Sementara itu Guru SK Tebok Jawa, Selangor, Mohd Fazlie Ahmad, berpendapat bahawa lawatan itu menyedarkan beliau tentang kehidupan masyarakat Jepun yang sangat berdisiplin dari segi masa, hormat sesama sendiri, komitmen dalam bidang tugas dan apa sahaja yang dilaksanakan.

    ``Pengalaman ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada diri sendiri,'' katanya.

    Sisipan Pendidikan Bestari akan menyiarkan artikel bersiri tentang pengalaman yang telah ditempuhi oleh para peserta dalam setiap aktiviti secara lebih terperinci mulai minggu hadapan.

    Guru-guru lain yang turut dipilih oleh JPA untuk program tersebut adalah Nor Zihana Jamaludin (SK Putrajaya 1), S.L.Daud Matliza (SJK(T) Ladang Tebong, Melaka), Rosazlinda Abd Rashid (SK Ewa, Langkawi), Siti Mariam Abu Bakar (SK Ladang Sg. Raya, Langkawi), Chan Wai Keong (SK Min Nam, Langkawi), Hariati Yusoff (SK Dusun Tua, Selangor), Hazlyna Harun dan Wan Samlia Wan Shafie (SK Tok Sira, Kuantan), Nafwal Faeza Abdul Manaf (SK Wangsa Jaya, Kuala Lumpur), Rafidah Rahmat (SK Permatang Pasir, Negeri Sembilan), Nor Mohamad Zulhairi Ismail (SK Taman Seri Sinar, Kuala Lumpur), Rizaman Yahaya (SK Ibrahim, Sungai Petani), Rohaina Ismail dan Mariani Tukimin (SK Pilin, Negeri Sembilan), Idrus Hassan (SJK(T) Ladang Coalfields, Selangor), Low Yen Ling (SJK(C) Taman Connaught, Kuala Lumpur), Shesthiran Govindan (SJK(T) Ladang Pelam, Kedah), Zuraimy Mohd Noordin (SK Putrajaya 3), dan Shazian Md. Yusof (SK Bukit Baru, Melaka).

    Selain kumpulan guru, pada masa yang sama JICA juga menaja kumpulan sumber manusia dan kumpulan kewangan, masing-masing 23 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan pelbagai peringkat dan jabatan.

    Kumpulan-kumpulan tersebut juga mengikuti program lawatan, seminar dan ceramah mengikut bidang pengkhususan yang ditetapkan.

    Posted at Friday, July 15, 2005 by my-jica
    Make a comment  

    Skype - Totally Free Internet Phone

    Skype is a little program for making free calls over the internet to anyone else who also has Skype. It’s free and easy to download and use, and works with most computers. Download Skype now or learn more about Skype

    Did your pc have a sound ? have a microphone ? Why not u using a skype ... a free internet phone !!! Its easy to call anywhere, from Malaysia to Japan and also from Japan to Malaysia ... and its possible we can call anywhere in a world without additional charge.... so ?? Lets try ... download this application at http://www.skype.com or more info !!!

    p/s : I have use it and have a clearly call to Japan ...

    Posted at Friday, July 15, 2005 by my-jica
    Make a comment  

    Thursday, July 14, 2005
    Photo Upload

    Announcement ...

    If u want share ur pic .. please log in into this website

    http://www.myphotoalbum.com/login.shtml

    with

    username : myjica 
    password : 123456

    and upload your picture collection to share .... the picture will be access with link on your left menu ..

    Arigato

    Posted at Thursday, July 14, 2005 by my-jica
    Make a comment  

    Japan's Memories ...

    Image hosted by Photobucket.com
    Chiaki san, Fazuri San, Sanada San

    Image hosted by Photobucket.com
    Zihana san, Okasang, Faeza San 

    Image hosted by Photobucket.com
    Kono San, Fazuri San, Miwa San

    Image hosted by Photobucket.com
    Lovely Yuko San, Eddie San, Mimuro San 

    Image hosted by Photobucket.com
    Fazuri, E.D, Lynn, Faeza, Daudo, Zaharol ( Back )

    Posted at Thursday, July 14, 2005 by my-jica
    Make a comment  

    Next Page

    This page best viewed with Internet Explorer 6.0, 800x600 pixels. All Right reserved by Fazuri-San